Sunday, 19 March 2017
BAHAYANYA BAHAN KIMIA PADA KULIT WAJAH
Ramai yang tak tahu penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi menyebabkan kulit badan menjadi lebih gelap berbanding wajah
Lantas, golongan ini mengambil pelbagai jenis produk terutama berasaskan kolagen dengan harapan kulit menjadi lebih cerah. Namun pengambilan produk sebenarnya tidak membantu untuk mengembalikan kecerahan kulit anda.
Ternyata wanita pada zaman dulu turut menggunakan bahan semula jadi bagi merawat kulit. Lama-kelamaan kulit menjadi lebih halus, mulus dan semakin cerah. Namun ia bukan hanya dilakukan dalam masa beberapa hari atau minggu. Apa yang penting, konsisten membelai tubuh menggunakan bahan semula jadi ini. Antara yang boleh diamalkan ialah:
1. Lemon
Lemon mengandungi salah satu bahan pencerah semula jadi untuk tubuh. Caranya adalah dengan perah lemon dan ambil jusnya kemudian disapu ke seluruh kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan seminggu sekali dan lihat kesannya pada tubuh.
2. Kunyit
Rempah dari dapur ini terbukti merawat kecantikan kulit. Campur serbuk kunyit dengan susu dan kemudian gosok ke seluruh bahagian yang kelihatan gelap.
3. Dadih
Dadih memiliki kandungan asid yang cukup baik untuk mencerahkan kulit. Caranya sapu dadih ke seluruh badan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan seminggu sekali untuk kesan yang sempurna.
4. Gula
Manfaatkan penyental semula jadi berasaskan gula dicampur dengan perahan lemon untuk menyingkirkan sel kulit mati. Pemakaian penyental berasaskan bahan ini seminggu sekali menjadikan kulit lebih cerah.
5. Oat
Oat juga sangat berkesan untuk membuang sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi gelap dan kusam. Campurkan oat dengan air atau minyak zaitun, kemudian sapu pada badan. Untuk hasil yang mengagumkan, gunakan seminggu sekali.
6. Garam laut
Campurkan garam laut dengan minyak zaitun sebagai penyental untuk menyingkirkan kulit kusam. Bahan abrasivitas di dalam garam laut dapat menghilangkan kotoran dan kulit mati manakala kandungan minyak zaitun melembapkan kulit.
7. Betik
Enzim dalam betik dapat menyingkirkan kulit mati serta memecahkan lapisan kulit berlemak. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan sebaiknya dilakukan setiap hari.
8. Tomato
Gosokkan hirisan tomato ke seluruh tubuh selama beberapa minit. Kandungan vitamin C di dalam tomato membantu kulit menjadi lebih cerah. Cara ini juga sangat mudah dilakukan di rumah.
9. Jus kentang
Campur kentang yang sudah dikisar ke dalam air, lalu gosokkan ke badan. Mineral yang terdapat di dalamnya membantu mencerahkan kulit secara berkesan.
Selamat mencuba.
Sila LIKE/KOMEN/SHARE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment